Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua Usahawan yang beragama Islam.
Mudah-mudahan Ramadhan yang berlalu diraikan dengan Aidil Fitri ini akan lebih memberi makna bukan sahaja untuk meningkatkan ibadah kepada Allah S.W.T, tetapi akan dapat mengeratkan ukhwah sesama usahawan di negara kita. InsyaAllah.
Sekiranya ada kekusutan yang selama ini telah berlaku yang merenggangkan ukhwah (persaudaraan) kita, dikesempatan Aidil Fitri ini, marilah kita bersama-sama berjabat tangan, kunjung-mengunjungi dan menjalinkan kembali persaudaraan agar industri ternakan kambing di negara kita akan bertambah rancak dan bakal melahirkan lebih ramai usahawan ternakan kambing yang berjaya.
InysyaAllah, PPKM dijangka akan mengadakan mesyuarat selepas Aidil Fitri nanti. Makluman akan dibuat selepas sambutan Aidil Fitri.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Bathin.