PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA (PPKM)

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.

Thursday, October 30, 2008

Perjumpaan Kecil PPKM



Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) akan mengadakan satu perjumpaan tidak rasmi di dalam masa yang terdekat bagi membincangkan beberapa perkara sebelum mengadakan satu perjumpaan rasmi untuk semua ahli PPKM yang telah dan berhasrat untuk mendaftarkan keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia.

Oleh yang demikian, ahli-ahli PPKM yang berminat untuk menyertai perjumpaan kecil ini diminta untuk menghubungi Sdr Kamarol Prof (019-226 2125) dengan kadar segera.


3 comments:

Forum said...

Sertai GEM Community secara percuma. Satu tapak untuk para Usahawan - usahawan berkongsi-kongsi maklumat dan pendapat (Forum, Blog,Direktori, Iklan Percuma DLL) dalam bidang yang yang ceburi seperti Pertanian, Ternakan DLL.

www.gem.socialgo.com

Persatuan-persatuan sangat dialu-alukan untuk wujudkan forum persatuan

Safian said...

Sdra, saya telah mengisi borang pendaftaran ahli semasa MAHA 2008. Bagaimana cara saya nak memastikan pendaftaran saya telah diterima?
Terima kasih
Safian Md. Salleh

Persatuan Penternak Kambing Malaysia said...

Sdr Safian,
Boleh e-mailkan maklumat sdr kepada admin.ppkm@gmail.com. Saya akan buat semakan dan reply kpd sdr.

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)

Nama:
Telefon
Alamat e-mail:
Web/Blog
Pesanan/Pendapat
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.