PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA (PPKM)

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.

Wednesday, August 27, 2008

Mesyuarat PPKM 30 Ogos 2008 Ditangguhkan



Mesyuarat Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) yang dicadangkan untuk diadakan pada Sabtu 30hb. Ogos 2008 ini ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

PPKM menerima banyak permintaan untuk penangguhan mesyuarat ini daripada penternak-penternak yang tidak dapat menghadirinya atas masalah-masalah yang tidak dapat mereka elakkan.

Oleh yang demikian satu tarikh baru untuk mengadakan mesyuarat dan perjumpaan tersebut akan dimaklumkan sedikit masa lagi.

Harap Maklum.


Tuesday, August 26, 2008

Jumlah Daftar Keahlian PPKM-MAHA2008


Jumlah keseluruhan pendaftaran keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) pada masa sekarang ialah seramai 466 orang penternak kambing. Seramai 445 orang penternak telah memohon keahlian di booth PPKM semasa pameran MAHA2008 dan 21 lagi permohonan diterima melalui e-mail.

Mana-mana penternak dan mereka-mereka yang berminat untuk memohon keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) diminta muaturun borang keahlian dan dihantar ke Persatuan Penternak Kambing Malaysia.

Pada masa sekarang PPKM sedang mengaturkan beberapa agenda yang kearah memantapkan lagi fungsi persatuan agar ahli-ahli yang bernaung di dalamnya akan beroleh manafaat sepertimana yang diharapkan.

Saturday, August 23, 2008

Hari Terakhir-MAHA2008



Sehingga jam 7:00 petang Sabtu 23 Ogos 2008, hari terakhir (Hari ke-13) MAHA2008 pendaftaran keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) menerima seramai 45 orang penternak kambing dan bakal penternak kambing telahpun mendaftarkan keahlian persatuan.

Kehadiran pengunjung pada ini adalah amat ramai kerana orangramai mengambil kesempatan hari terakhir MAHA2008 ini hingga menyebabkan laluan masuk kenderaan dari Pintu 2 (Laman Ternakan) mengalami sedikit kesesakan.

Pengunjung sepanjang MAHA2008 ini berjumlah 1.2 juta orang dan ianya mencatatkan rekod di dalam Malaysia Guiness Record terhadap pameran yang paling banyak mempunyai gerai pameran.

Admin yang berada seharian di Kaunter Pendaftaran PPKM menerima ramai pengunjung yang bertanyakan tentang kebaikan menyertai Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) ini. Kebanyakan daripada mereka bertanyakan tentang Kursus dan Latihan Penternakan bagi ingin menceburi industri penternakan kambing ini. Selain daripada itu, masalah pemasaran tetap menjadi pilihan soalan yang dikemukakan mereka-mereka yang masih gusar sekiranya gagal memasarkan hasil ternakan dan akan menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Maka dengan sebab itulah maka perlunya kita menyertai Persatuan Penternakan Kambing Malaysia (PPKM
) bagi membantu penternak dan usahawan ternakan kambing untuk mencari kaedah terbaik bukan sahaja untuk memasarkan ternakan mereka, malahan kaedah untuk memastikan harga makanan yang lebih ekonomik dan terkawal.

Penternak dan usahawan ternakan kambing yang telahpun melakar kejayaan diminta untuk turut sama membantu penternak-penternak yang baru menceburi industri penternakan kambing ini dengan menyumbangkan idea-idea dan pandangan yang bernas di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM).

InsyaAllah dengan gabungan ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama kepada semua penternak di dalam PPKM ini, maka PPKM amat berkeyakinan bahawa industri penternakan kambing di negara kita akan menuju kejayaan sepertimana yang diharapkan sekaligus menjadikan bidang ternakan kambing sebagai satu industri yang amat menguntungkan

Sekiranya kita semua bersatu, perkara yang amat sukar bagi sesetengah pihak seperti masalah makanan dan pemasaran ternakan akan menjadi lebih mudah.

Penternakan kambing bukan sahaja untuk meraih pulangan yang tinggi tetapi
pelaburan kita di dalam bentuk perkongsian ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama di dalam PPKM akan menjadikannya satu IBADAH kerana penternakan dan perhubungan sesama manusia pasti tidak akan dapat dipisahkan kerana ianya saling memerlukan antara satu sama lain.

Usahawan yang telah berjaya seperti Cikgu Ismail Muhamad yang lebih dikenali dengan nama Pok Wea turut menyatakan kunci untuk meraih kejayaan di dalam penternakan samada lembu atau kambing adalah keikhlasan di dalam perhubungan sesama penternak. Selain daripada itu, menghindarkan ketidakiklasan dan berkepentingan diri perlulah dijauhi bagi memastikan industri penternakan kambing di negara kita mampu bersaing dan berdaya maju.


Antara penternak dan usahawan penternakan kambing dan hasil kambing yang mengambil bahagian di dalam pameran MAHA 2008 adalah :-








Friday, August 22, 2008

Daftar Keahlian PPKM di MAHA2008



22 Ogos 2008 - Esok Sabtu 23 Ogos 2008 merupakan hari terakhir Pameran MAHA2008 yang berlangsung di Serdang, Selangor. Pengunjung MAHA dijangkakan akan berlipat kali ganda seperti hari sebelumnya. Ini ditambah dengan kebanyakan peserta pameran dijangka akan menawarkan potongan harga istimewa untuk para pengunjung serta menghabiskan stok yang dibawa ke MAHA2008 ini.

PPKM mengambil kesempatan untuk turut sama mengesyorkan agar mana-mana penternak kambing yang masih belum mendaftarkan keahlian mereka di dalam PPKM agar mengambil kesempatan hari terakhir MAHA2008 untuk mendaftarkan keahlian dan menyertai Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM).

Walaupun pendaftaran keahlian PPKM akan dan sentiasa dibuka pada sepanjang masa, namun sejarah tarikh pendaftaran keahlian di MAHA2008 akan terus diingati oleh mana-mana penternak dan usahawan ternakan kambing.

InsyaAllah, seperti yang dirancangkan, selepas MAHA2008 ini, PPKM akan terus mengorak langkah ke hadapan untuk merencana dan melaksanakan program-program yang dirancangkan untuk kebaikan ahli PPKM.


Tuesday, August 19, 2008

Hari Ke-9 MAHA08-Daftar Keahlian PPKM



Sehingga jam 7:00 petang, hari ke-7 MAHA2008 pendaftaran keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) menerima seramai 27 orang penternak kambing telah mendaftarkan keahlian persatuan.

Pendaftaran keahlian pada hari ini agak berkurangan berbanding dengan sebelumnya mungkin disebabkan ianya adalah hari bekerja walaupun kehadiran pengunjung pada hari ini agak ramai juga. Pada hari ini ramai yang bertumpu di bahagian Dewan Pameran A, B, C dan D yang mempamerkan agrobazaar, makanan, hiasan dan lain-lain yang tertutup dan berhawa dingin.



Rata-rata pengunjung yang mendaftarkan keahlian PPKM pada hari ini adalah dikalangan mereka-mereka yang sangat berminat untuk menceburi industri penternakan kambing yang pada pandangan mereka amat berdaya maju dan dapat memberikan pulangan yang tinggi. Ada juga yang meluahkan masalah pemakanan sering menjadikan mereka berfikir dua kali kerana bimbang tentang kenaikan kos yang begitu ketara akan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian. Ada juga bakal penternak yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rujukan tentang industri penternakan kambing.

Maka inilah sebahagian daripada sebabnya menga
pa Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) ini ditubuhkan bagi menjaga kebajikan bukan sahaja kepada penternak baru, tetapi penternak dan usahawan ternakan kambing yang telah berjaya untuk turut sama menggembeling tenaga, pengalaman dan kepakaran mereka untuk membantu penternak baru.

Lebih ramai yang menceburi penternakan kambing, secara tidak langsung akan merancakkan lagi industri penternakan kambing di negara kita. Ianya bukan sahaja dapat melahirkan lebih ramai usahawan, tetapi pengaliran wang ke luar negara dengan pengimportan kambing dan baka kambing akan dikurangkan sedikit demi sedikit seperti mana yang berlaku di dalam industri penternakan ayam.

Antara penternak dan usahawan penternakan kambing dan hasil kambing yang mengambil bahagian di dalam pameran MAHA 2008 adalah :-

















Sunday, August 17, 2008

Hari Ke-7 MAHA08-Daftar Keahlian PPKM



Sehingga jam 7:00 petang, hari ke-7 MAHA2008 pendaftaran keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) menerima seramai 78 orang penternak kambing telah mendaftarkan keahlian persatuan.

Kehadiran pengunjung pada hari ini (Ahad) bertambah kerana ramai yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk mengunjungi MAHA 2008 ini.

Kebanyakan penternak yang mengunjungi booth pendaftaran pada hari ini rata-rata meluahkan masalah kenaikan kos makanan yang tinggi telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menjalankan penternakan kambing terutamanya bagi mereka yang mengusahakan ternakan secara fidlot. Mereka mengharapkan PPKM dapat membantu mereka untuk mendapatkan harga makanan yang lebih kompetitif bagi mengurangkan kos makanan yang amat tinggi pada masa sekarang.

Selain daripada itu, ramai juga penternak yang belum memulakan ternakan telah mengambil kesempatan untuk mendaftarkan diri mereka apabila dimaklumkan tentang PPKM yang pada dasarnya menitikberatkan 3 perkara utama untuk membantu ahli di dalam industri penternakan kambing :-
  • Menggabungkan kesemua penternak seluruh Malaysia di dalam satu persatuan.
  • Menangani masalah kos pemakanan ternakan kambing.
  • Membantu penternak di dalam pemasaran hasil ternakan.
Pada hari ini MAHA 2008 turut dikunjungi oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyidin Yassin pada jam 11:00 pagi bagi menyaksikan acara Rodeo yang berlangsung bersebelahan dengan booth PPKM.

Pada sebelah petangnya pula Sultanah Kelantan dengan diiringi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Mustapa Mohammad telah melawat Laman Ternakan.










Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)

Nama:
Telefon
Alamat e-mail:
Web/Blog
Pesanan/Pendapat
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.