PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA (PPKM)

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.

Monday, April 13, 2009

Senarai Jawatankuasa Penaja PPKM



Mesyuarat Jawatan kuasa Penaja yang telah di adakan pada jam 3:30 petang, 11 April 2009 yang lalu di Saujana Impian, Kajang, Selangor dan dihadiri oleh 11 orang usahawan ternakan kambing yang komited untuk merealisasikan penubuhan Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) ini.

Terlebih dahulu PPKM ingin merakam setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada usahawan Sdr Nordin Bin Mat dan Dr. P. Azhar yang telah sudi menyediakan tempat untuk mesyuarat jawatankuasa penaja diadakan.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan beberapa perkara termasuk perlantikan Ahli Jawatankuasa Penaja dan perbincangan untuk pendaftaran nama persatuan di Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Mesyuarat kemudiannya telah mengadakan pemilihan jawatankuasa penaja PPKM. Senarai Jawatankuasa Penaja PPKM adalah seperti berikut :-

Penaung : Akan dilantik kemudian
Penasihat : Dr. P.Azhar Bin Zakaria
Pengerusi : Sdr Nordin Bin Mat
Naib Pengerusi : Sdr Md Rozalafri Bin Johori
Setiausaha : Sdr Kamarolzaman Bin Ismail
Penolong Setiausaha : Sdri Romizah Bte Mohd Mokhtar
Bendahari : Sdr Mohd Najib Bin Abdullah
AJK :
Zulkifli Bin Parkir
Saiful Munir Bin Mohd Saad
Badrul Hisyam Md Kassim
Mohd Hairunizam Bin Dolbasir

Mesyuarat kemudiannya dipengerusikan oleh Sdr Nordin Bin Mat dan diantara perkara-perkara yang telah diputuskan adalah seperti berikut :-
  • Meluluskan Nama, Logo dan Alamat Persatuan
  • Menetapkan Tujuan dan Matlamat Persatuan
  • Menetapkan Syarat-syarat Keahlian PPKM (Ahli Tetap-Ahli Bersekutu)
  • Menetapkan Yuran Keahlian
  • Lain-lain perkara yang berbangkit- Pendaftaran dan Mesyuarat Agung

Mesyuarat yang berakhir pada jam 5:30 petang kemudiannya menetapkan untuk mendaftarkan PPKM dalam masa 2 minggu.







No comments:

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)

Nama:
Telefon
Alamat e-mail:
Web/Blog
Pesanan/Pendapat
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.