PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA (PPKM)

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.

Friday, August 15, 2008

Hari Ke-4 MAHA08-Daftar Keahlian PPKM



Sehingga jam 7:00 petang, hari ke-4 MAHA2008 pendaftaran keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) menerima seramai 33 orang penternak kambing telah mendaftarkan keahlian persatuan di kaunter yang disediakan.

Ucapan terima kasih juga kepada pihak penganjur dan juga peserta pameran MAHA2008 yang turut sama memaklumkan kepada orang-ramai dan penternak-penternak yang datang ke pameran MAHA ini.

Tentang persoalan yang dikemukakan berkenaan keahlian PPKM ini, adalah dimaklumkan bahawa PPKM menerima keahlian daripada semua penternak kambing di seluruh negara samada Melayu, Cina, India mahupun lain-lain kaum. Bagi mereka yang masih belum memiliki dan/atau bakal mengusahakan ternakan kambing atau tidak memiliki ternakan kambing boleh juga mendaftarkan diri sebagai keahlian bersekutu.

Perbincangan berkenaan dengan keahlian dan juga perlembagaan persatuan telahpun dijalankan dan akan diteruskan secara bersama dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan ahli persatuan. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, pada dasarnya pihak JPV telahpun menyatakan persetujuan mereka untuk meletakkan PPKM ini di bawah pengawasan mereka sepertimana persatuan-persatuan yang berkaitan dengan penternakan yang lain.


No comments:

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)

Nama:
Telefon
Alamat e-mail:
Web/Blog
Pesanan/Pendapat
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.