PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA (PPKM)

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.

Sunday, August 10, 2008

Kaunter Pendaftaran Ahli di MAHA2008


Kempen Pendaftaran Keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) sedang giat dijalankan sempena dengan pameran MAHA2008 di Serdang, Selangor. Persiapan telah dimulakan dengan menggunakan Booth Perfect Agro Sdn Bhd sebagai tempat untuk mendaftar keahlian di dalam persatuan ini.

Alhamdulillah, sambutan daripada penternak amat menggalakkan dengan disusuli perbincangan secara tidak rasmi dengan pegawai daripada kementerian yang berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) seperti Pengarahnya iaitu Dr
Abu Hassan b Mohammad Ali yang menggalakkan agar persatuan ini disegerakan untuk membangunkan industri ternakan kambing.

Malahan Admin yang berkesempatan bertemu dengan Ketua Pengarah JPV, Dato' Dr Abd. Aziz Jamaluddin semasa beliau melawat tapak pameran mendapat respond yang baik dan beliau juga akan memberikan sokongan ke arah memantapkan lagi fungsi persatuan untuk membantu penternak dan usahawan ternakan kambing di negara kita.

Marilah kita beramai-ramai mengisi borang keahlian yang disediakan di pameran tersebut. Kaunter penerangan juga disediakan untuk mendapat makluman dan cadangan daripada semua penternak kambing.





No comments:

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)

Nama:
Telefon
Alamat e-mail:
Web/Blog
Pesanan/Pendapat
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.