
Mesyuarat Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) yang dicadangkan untuk diadakan pada Sabtu 30hb. Ogos 2008 ini ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
PPKM menerima banyak permintaan untuk penangguhan mesyuarat ini daripada penternak-penternak yang tidak dapat menghadirinya atas masalah-masalah yang tidak dapat mereka elakkan.
Oleh yang demikian satu tarikh baru untuk mengadakan mesyuarat dan perjumpaan tersebut akan dimaklumkan sedikit masa lagi.
Harap Maklum.




Jumlah keseluruhan pendaftaran keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) pada masa sekarang ialah seramai 
Sehingga jam 7:00 petang Sabtu 23 Ogos 2008, hari terakhir (Hari ke-13) MAHA2008 pendaftaran keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) menerima seramai 
Usahawan yang telah berjaya seperti Cikgu Ismail Muhamad yang lebih dikenali dengan nama Pok Wea turut menyatakan kunci untuk meraih kejayaan di dalam penternakan samada lembu atau kambing adalah keikhlasan di dalam perhubungan sesama penternak. Selain daripada itu, menghindarkan ketidakiklasan dan berkepentingan diri perlulah dijauhi bagi memastikan industri penternakan kambing di negara kita mampu bersaing dan berdaya maju.









Sehingga jam 7:00 petang, hari ke-7 MAHA2008 pendaftaran keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) menerima seramai 
Rata-rata pengunjung yang mendaftarkan keahlian PPKM pada hari ini adalah dikalangan mereka-mereka yang sangat berminat untuk menceburi industri penternakan kambing yang pada pandangan mereka amat berdaya maju dan dapat memberikan pulangan yang tinggi. Ada juga yang meluahkan masalah pemakanan sering menjadikan mereka berfikir dua kali kerana bimbang tentang kenaikan kos yang begitu ketara akan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian. Ada juga bakal penternak yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rujukan tentang industri penternakan kambing.

























Sehingga jam 7:00 petang, hari ke-7 MAHA2008 pendaftaran keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) menerima seramai
Kebanyakan penternak yang mengunjungi booth pendaftaran pada hari ini rata-rata meluahkan masalah kenaikan kos makanan yang tinggi telah menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk menjalankan penternakan kambing terutamanya bagi mereka yang mengusahakan ternakan secara fidlot. Mereka mengharapkan PPKM dapat membantu mereka untuk mendapatkan harga makanan yang lebih kompetitif bagi mengurangkan kos makanan yang amat tinggi pada masa sekarang.






