

Kehadiran pengunjung pada ini adalah amat ramai kerana orangramai mengambil kesempatan hari terakhir MAHA2008 ini hingga menyebabkan laluan masuk kenderaan dari Pintu 2 (Laman Ternakan) mengalami sedikit kesesakan.
Pengunjung sepanjang MAHA2008 ini berjumlah 1.2 juta orang dan ianya mencatatkan rekod di dalam Malaysia Guiness Record terhadap pameran yang paling banyak mempunyai gerai pameran.

Maka dengan sebab itulah maka perlunya kita menyertai Persatuan Penternakan Kambing Malaysia (PPKM) bagi membantu penternak dan usahawan ternakan kambing untuk mencari kaedah terbaik bukan sahaja untuk memasarkan ternakan mereka, malahan kaedah untuk memastikan harga makanan yang lebih ekonomik dan terkawal.
Penternak dan usahawan ternakan kambing yang telahpun melakar kejayaan diminta untuk turut sama membantu penternak-penternak yang baru menceburi industri penternakan kambing ini dengan menyumbangkan idea-idea dan pandangan yang bernas di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM).
InsyaAllah dengan gabungan ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama kepada semua penternak di dalam PPKM ini, maka PPKM amat berkeyakinan bahawa industri penternakan kambing di negara kita akan menuju kejayaan sepertimana yang diharapkan sekaligus menjadikan bidang ternakan kambing sebagai satu industri yang amat menguntungkan
Sekiranya kita semua bersatu, perkara yang amat sukar bagi sesetengah pihak seperti masalah makanan dan pemasaran ternakan akan menjadi lebih mudah.
Penternakan kambing bukan sahaja untuk meraih pulangan yang tinggi tetapi pelaburan kita di dalam bentuk perkongsian ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama di dalam PPKM akan menjadikannya satu IBADAH kerana penternakan dan perhubungan sesama manusia pasti tidak akan dapat dipisahkan kerana ianya saling memerlukan antara satu sama lain.

Antara penternak dan usahawan penternakan kambing dan hasil kambing yang mengambil bahagian di dalam pameran MAHA 2008 adalah :-








No comments:
Post a Comment