PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA (PPKM)

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya.

Friday, August 22, 2008

Daftar Keahlian PPKM di MAHA2008



22 Ogos 2008 - Esok Sabtu 23 Ogos 2008 merupakan hari terakhir Pameran MAHA2008 yang berlangsung di Serdang, Selangor. Pengunjung MAHA dijangkakan akan berlipat kali ganda seperti hari sebelumnya. Ini ditambah dengan kebanyakan peserta pameran dijangka akan menawarkan potongan harga istimewa untuk para pengunjung serta menghabiskan stok yang dibawa ke MAHA2008 ini.

PPKM mengambil kesempatan untuk turut sama mengesyorkan agar mana-mana penternak kambing yang masih belum mendaftarkan keahlian mereka di dalam PPKM agar mengambil kesempatan hari terakhir MAHA2008 untuk mendaftarkan keahlian dan menyertai Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM).

Walaupun pendaftaran keahlian PPKM akan dan sentiasa dibuka pada sepanjang masa, namun sejarah tarikh pendaftaran keahlian di MAHA2008 akan terus diingati oleh mana-mana penternak dan usahawan ternakan kambing.

InsyaAllah, seperti yang dirancangkan, selepas MAHA2008 ini, PPKM akan terus mengorak langkah ke hadapan untuk merencana dan melaksanakan program-program yang dirancangkan untuk kebaikan ahli PPKM.


No comments:

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan)

Nama:
Telefon
Alamat e-mail:
Web/Blog
Pesanan/Pendapat
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.