

Kehadiran pengunjung pada hari ini (Ahad) bertambah kerana ramai yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk mengunjungi MAHA 2008 ini.

Selain daripada itu, ramai juga penternak yang belum memulakan ternakan telah mengambil kesempatan untuk mendaftarkan diri mereka apabila dimaklumkan tentang PPKM yang pada dasarnya menitikberatkan 3 perkara utama untuk membantu ahli di dalam industri penternakan kambing :-
- Menggabungkan kesemua penternak seluruh Malaysia di dalam satu persatuan.
- Menangani masalah kos pemakanan ternakan kambing.
- Membantu penternak di dalam pemasaran hasil ternakan.
Pada sebelah petangnya pula Sultanah Kelantan dengan diiringi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Mustapa Mohammad telah melawat Laman Ternakan.








No comments:
Post a Comment