

Pihak admin menerima banyak e-mail maklum balas daripada penternak kambing dan orang ramai yang memberikan komen dan pandangan mereka terhadap PPKM. InsyaAllah semua pandangan tersebut akan dikumpulkan dan dibincangkan secara berilmu pada masa akan datang untuk kebaikan semua ahli persatuan.
Kita yakin agenda penubuhan PPKM yang pada dasarnya berfungsi untuk menyatukan semua penternak dari seluruh negara dan menjaga kebajikan ahli persatuan agar kejayaan yang diimpikan oleh semua penternak akan dapat direalisasikan dengan pulangan yang menarik seterusnya merancakkan lagi industri penternakan kambing di negara sehingga ke tahap yang membanggakan.

Bakal ahli PPKM dikehendaki menyerahkan borang pendaftaran di kaunter yang disediakan sahaja. Bayaran yuran keahlian belum lagi diputuskan jumlahnya. Oleh yang demikian sekiranya ada pihak yang menyatakan bahawa mereka mewakili PPKM dan membuat kutipan yuran keahlian, ianya adalah TIDAK BENAR.
No comments:
Post a Comment