

Pendaftaran keahlian pada hari ini agak berkurangan berbanding dengan sebelumnya mungkin disebabkan ianya adalah hari bekerja walaupun kehadiran pengunjung pada hari ini agak ramai juga. Pada hari ini ramai yang bertumpu di bahagian Dewan Pameran A, B, C dan D yang mempamerkan agrobazaar, makanan, hiasan dan lain-lain yang tertutup dan berhawa dingin.


Maka inilah sebahagian daripada sebabnya mengapa Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) ini ditubuhkan bagi menjaga kebajikan bukan sahaja kepada penternak baru, tetapi penternak dan usahawan ternakan kambing yang telah berjaya untuk turut sama menggembeling tenaga, pengalaman dan kepakaran mereka untuk membantu penternak baru.
Lebih ramai yang menceburi penternakan kambing, secara tidak langsung akan merancakkan lagi industri penternakan kambing di negara kita. Ianya bukan sahaja dapat melahirkan lebih ramai usahawan, tetapi pengaliran wang ke luar negara dengan pengimportan kambing dan baka kambing akan dikurangkan sedikit demi sedikit seperti mana yang berlaku di dalam industri penternakan ayam.
Antara penternak dan usahawan penternakan kambing dan hasil kambing yang mengambil bahagian di dalam pameran MAHA 2008 adalah :-

























No comments:
Post a Comment