



Apa yang kita inginkan adalah sebuah persatuan yang kuat dan kukuh serta akan dapat membantu penternak dalam segala urusan yang berkaitan dengan penternakan. Ini akan dilaksanakan dengan menyatukan semua penternak dan usahawan yang telah berjaya untuk turut berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan mereka untuk dipelajari sama oleh penternak yang baru menceburi industri ini.

Kejayaan akan lebih dekat sekiranya kita bersama-sama berganding bahu memperkuatkan Persatuan Penternak Kambing Malaysia ini agar semua ahli yang bernaung di bawahnya akan memperolehi manafaat sepertimana yang diharapkan.
Usah berlengah lagi, DAFTARlah segera KEAHLIAN anda di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Borang keahlian boleh didapati di Kaunter Pendaftaran di Pameran MAHA 2008 atau muaturun disini.
No comments:
Post a Comment