

Pada hari ini (Sabtu) kehadiran pengunjung MAHA bertambah lebih daripada 3 kali ganda berbanding hari biasa. Ini ditambah dengan cuti persekolahan yang telahpun bermula mulai hari ini.

Admin juga telah sempat mengunjungi Booth KOTERNAK (Koperasi Penternak dan Pengimport Ternakan Malaysia Berhad) dan mengadakan perbincangan tidak rasmi untuk mengeratkan lagi hubungan disamping merancakkan lagi industri penternakan kambing di negara kita bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk menjadi pengeksport kambing ke negara Asia Tengah menjelang tahun 2018.
Antara masalah penternak sepertimana yang dimaklumkan semasa membuat pendaftaran keahlian ialah masalah kenaikan kos makanan ternakan dan masalah pemasaran yang amat menyukarkan mereka untuk mendapatkan hasil daripada penternakan kambing. Ini adalah kerana konsep pemasaran dan lokasi penternakan yang agak jauh seperti di kampung-kampung ataupun kawasan sekitar tiada penternak kambing yang lain.
InsyaAllah, semua masalah ini akan dibawa untuk perbincangan dan PPKM akan berusaha untuk membantu ahli mengatasi masalah yang mereka hadapi.




No comments:
Post a Comment